WUJUD KES KEMATIAN, BANDAR TANGKAK MELAKUKAN OPERASI SEMBURAN SANITASI

WUJUD KES KEMATIAN, BANDAR TANGKAK MELAKUKAN OPERASI SEMBURAN SANITASI


(Berita Tangkak 2/3/2020) Ekoran dari Tangkak telah berlaku kes kematian berjangkitan Covid-19, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia bersama SWM dan PBT telah mengadakan Opearsi Semburan Sanitasi secara besar besaran pada pagi ini disini.


Anggota yang terlibat beruniform lengkap (PPE) bersama jentera kederaan membuat semburan sanitasi di kawasan kaki lima rumah kedai, longkang, kerusi di Taman Rekreasi dan di jalan raya jalan utama.


Mereka juga buat semburan sanitasi di Bangunan Pejabat Daerah, Bangunan MDT, Jabatan JKR, TNB, Perhentian Bas, Pasar Awam dan jalan jalan utama pekan Tangkak.