SWM SERAH KELENGKAPAN PELINDUNG DIRI (PPE) KEPADA PEKERJA KONTRATOR.

(Berita Batu Pahat) Keselamatan pekerja pembersihan sentiasa diambil perhatian semasa musim jangkitan wabak Covid-19. Baru-baru ini pihak SWM telah menyerahkan Kelengkapan Perlindungan Diri (PPE) seperti sarung tangan dan penutup mulut serta hidung kepada 11 kontraktor di Johor Utara yang dilantik oleh syarikat tersebut. Bekalan diberikan kepada semua pihak kontrator Johor Utara untuk diagihkan kepada 127 pekerja kutipan sisa pepejal di lapangan.


Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SWM, En. Ho De Leong, sumbangan PPE tersebut adalah sebagai langkah keselamatan dan pencegahan daripada jangkitan Covid-19 dan mengurangkan risiko para anggota SWM serta kontraktornya yang berada dibarisan hadapan di lapangan bagi melaksanakan kerja-kerja pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam.


Beliau harap semua pekerja dapat menggunakan PPE dengan sepenuhnya dan menjaga kebersihan diri. Pada masa yang sama, beliau juga meminta orang ramai untuk memberikan kerjasama menjaga kebersihan dan melupuskan sampah dengan kaedah yang betul, buang sampah ke dalam plastik dan ikat dengan sempurna kemudian dimasukkan ke dalam tong sampah yang disediakan.


China Press, 7-5-2020.