SWM Memberi Sumbangan Semasa Perintah Kawalan Pergerakan

SWM MEMBERI SUMBANGAN SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN


SUMBANGAN BERBENTUK BARANGAN KEPADA 50 PENGHUNI ORANG ASLI


SWM Environment melalui aktiviti CSR memberi sumbangan berbentuk barangan keperluan kepada 50 penghuni dari kampung Orang Asli di Machap.


Pengurus Wilayah Melaka dan Negeri Sembilan; Dr Al’Ashari bin Othman berkata, sumbangan ini dapat mengurangkan beban kehidupan Orang Asli semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Lima keluarga di antara mereka beragama Islam yang akan menyambut perayaan Hari Raya.

Beliau berkata, SWM sangat prihatin dan selalu melaksanakan CSR untuk membantu mereka yang memerlukan termasuk penghuni Orang Asli yang menghadapi kekurangan barang keperluan semasa Perintah Kawalan Pergerakan supaya dapat mengurangan bebanan mereka.