SWM Melawat Pusat Kanak-Kanak Terencat Akal Bahagia

SWM MELAWAT PUSAT KANAK-KANAK TERENCAT AKAL BAHAGIA

GOTONG-ROYONG & MENGGAUL YEE SANG SEMPENA TAHUN BARU CINA

SWM melawat Pusat Kanak-Kanak Terencat akal Bahagia di Klebang sebagai tanda tanggung jawab sosial untuk aktiviti gotong-royong dan majlis menggaul Yee Sang sempena Tahun Baru Cina.

Menurut Pengurus Wilayah; Melaka & Negeri Sembilan Dr Al’shari, pihak syarikat bersama-sama pegawai dan pekerja SWM akan menjalankan tanggung jawab sosial dengan melawat pelbagai pusat kebajikan yang memerlukan bantuan sempena Tahun Baru Cina, Sambutan Hari Raya Aidifitri, & Krismas. Diharapkan melalui aktiviti ini akan menjadikan teladan dan memberi kesedaran kepada yang lain untuk membantu mereka yang memerlukan.

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan di Pusat Kanak-Kanak Terencat akal adalah memberi limau, sampul merah, dan barang-barang keperluan harian. Pada masa yang sama untuk merayakan kanak-kanak di pusat tersebut, majlis tarian singa dan makan tengahari untuk menghibur dan memeriahkan majlis ini.

YB Gue Teck juga turut menjadi tetamu khas dan bersama-sama dengan SWM memberi sampul merah kepada kanak-kanak dan menggaul Yee Sang.

YB Gue Teck juga berkata pusat ini memerlukan banyak bantuan dan sumbangan untuk operasi harian pusat menjaga kanak-kanak terencat akal yang memakan belanja yang tinggi. Beliau juga berkata semua kanak-kanak terencat akal berada di atas katil dan hanya 2 orang sahaja yang boeh duduk di atas kerusi roda. Beliau akan melawat pusat ini sekali lagi untuk memahami keperluan untuk bantuan seterusnya.