SWM Kutip Sampah Seperti Biasa. Melaksanakan Langkah Pencegahan.

(Seremban, 18.03.2020) SWM Negeri Sembilan beroperasi seperti biasa ketika penguatkuasan pergerakan sedang berkuatkuasa bagi memastikan perkhidmatan kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam dapat dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan.


Pihak syarikat telah mengeluarkan kenyataannya hari ini menyatakan walaupun kerajaan telah mengeluarkan arahan kawalan pergerakan, SWM merupakan syarikat perkhidmatan perlu melaksanakan tugas dan dalam masa yang sama memantau keselamatan dan tahap kesihatan pekerja bagi memastikan pekerja berada dalam keadaan sihat.


Didalam kenyataan tersebut turut menyatakan pekerjaan pekerja kutipan sisa pepejal dan pembersihan berada dalam risiko yang tinggi. Sekiranya mereka tidak melaksanakan tugasa ketika arahan kawalan pergerakan, mereka juga terdedah kepada wabak virus corona-19. Justeru itu, pihak syarikat telah menyediakan langkah pencegahan dengan menyediakan sarung tangan dan menekankan aspek kebersihan tangan dengan meminta pekerja menggunakan bahan pencuci tangan bagi mengurangkan risiko jangkitan.


Pihak syarikat turut bekerjasama dengan Jabatan Kesihatan bagi meningkatkan kesedaran kepada warga kerja terhadap langkah pencegahan. Bagi mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan, pekerja SWM tidak dibenarkan untuk keluar negara. Sekiranya pekerja mempunyai symptom batuk, selsema dan demam, mereka perlu mendapatkan rawatan segera.


SWM juga turut meminta orang ramai untuk menguruskan sampah dengan memasukkan sampah ke dalam tong sampah bagi memastikan kebersihan kawasan sekitar dan mengurangkan risiko wabak tersebar.