SWM Environment Edar Pek Cegah Epidemik Untuk Pekerja Di Tiga Negeri.

(Seremban, 16.10.2020) Syarikat SWM Environment Sdn Bhd mengedarkan pek cegah epidemik COVID-19 kepada 7,872 pekerja di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.


Ho De Leong, Ketua Pegawai Eksekutif, SWM Environment memberitahu bahawa kit pencegahan epidemik ini mempunyai pelitup muka, pensanitasi tangan dan barangan kebersihan diri anti-bakteria.


Beliau memberitahu bahawa pada masa ini epidemik sedang meningkat dan pemberian kit anti pencegahan ini amat penting kepada pekerja SWM Environment yang masih perlu bekerja setiap hari.


Beliau memberitahu ini juga merupakan salah satu tanggungjawab sosial korporat terutamanya bagi memastikan risiko bagi pekerja di barisan hadapan dijangkiti dapat dikurangkan.


Beliau memberitahu sejak syarikat melaksanakan inisiatif ini sejak April lalu dan disalurkan kepada golongan pekerja syarikat berpendapatan rendah (B40) serta akan penerima manfaat inisiatif SWM Kasih berkenaan telah diperluaskan kepada warga kerja SWM Environment dan kontraktor bagi menghargai peranan mereka sebagai frontliner kebersihan Negara.


Mengurangkan Risiko Jangkitan Kepada Pekerja


Dalam masa yang sama, beliau memberitahu bahawa pihak syarikat komited dalam mematuhi komited untuk memastikan pematuhan Tatacara Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak Kerajaan dalam memutuskan rantaian pandemik COVID-19.


Beliau menyeru agar masyarakat umum untuk bersama-sama memutuskan rantaian pandemik berkenaan khususnya dengan melupuskan sisa pelitup muka secara tertib bagi menghindarkan risiko penyakit berjangkit.