SWM Enviroment: Peningkatan Sisa Makanan Dua Kali Ganda Ketika Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

(Seremban, 11.10.2020) Pengurus Besar, SWM Environment Sdn Bhd, menyatakan bahawa ketika tempoh perlaksanaan perintah kawalan pergerakan, orang ramai duduk di rumah untuk jangka masa lama dan jumlah janaan sisa meningkat dua kali ganda.


Seperti yang dinyatakan diatas, bagi kutipan sampah, syarikat SWM Environment mendidik orang ramai untuk menguruskan sisa 2+1 dengan betul.


Penduduk perlu menguruskan sisa taman seperti dahan, ranting dan daun kering dengan memasukkannya ke dalam beg plastik sampah atau mengikatnya dengan kemas bagi memudahkan kutipan sisa dilaksanakan oleh pekerja.


Beliau berkata begitu ketika sesi temubual bersama Pang Wei Fong, Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat, Lisa, Penolong Pengurus dan Siti. Beliau memberitahu bahawa setiap rumah akan menerima perkhidmatan dua kali seminggu dan kutipan sisa kitar semula sekali seminggu. Penduduk boleh menyediakan pelupusan sampah mengikut jadual.


Syarikat SWM akan meneruskan pelbagai aktiviti promosi bagi mendidik orang ramai cara yang betul untuk melupuskan sampah. Ramai yang meninggalkan dahan dan ranting pokok dengan cara yang salah.


Didik Cara Betul Melupuskan Sampah


Kecuali sisa makanan, penduduk perlu membungkus atau mengikat dahan atau ranting kayu dengan tali. Letakkannya di sebelah tong sampah dan SWM Environment akan menguruskan kutipan sekali seminggu barangan kitar semula. Beliau memberitahu bahwa pada masa ini, kesedaran awam amat rendah dan pihak syarikat belum lagi mencapai sasaran seperti yang diletakkan oleh pihak syarikat. Pihak syarikat membahagikan kutipan sampah kepada : 60% sisa makanan dan 40% sisa kitar semula, termasuk sisa taman dan kitar semula. Sisa industri, sisa kimia, sisa binaan perlu diuruskan secara berasingan.


Jadikan Aplikasi Memudahkan Orang Ramai


SWM Environment telah membangunkan aplikasi telefon pintar pada tahun ini bagi menyediakan orang ramai kemudahan perkhidmatan. Sebelum ini, penggunaan tersebut menggunakan bantuan pihak ketiga termasuklah pendaftaran ahli, dan pakej kutipan barangan kitar semula untuk mengumpulkan mata ganjaran dan menukarkannya kepada wang tunai.


Bonus ini akan dikreditkan ke akaun bank ahli dan boleh dijadikan sebagai simpanan. Orang ramai juga boleh mengumpul mata ganjaran.


Beliau juga turut menasihatkan kepada orang ramai untuk menangani sisa secara amalan 3R iaitu mengguna semula, atau mendermakannya kepada orang lain atau sisa makanan juga boleh dilakukan pengkomposan bagi menjaga alam sekitar dan mengurangkan janaan sampah.