SWM Beroperasi Seperti Biasa Di Hari Raya

SWM BEROPERASI SEPERTI BIASA DI HARI RAYA


SUDAH SIAP MENGATUR JADUAL PERKHIDMATAN PEKERJA DAN KOMPAKTOR BEROPERASI


SWM Environment akan meneruskan operasi pada Hari Raya yang jatuh pada 24 dan 25 Mei ini. SWM telah mengatur pekerja yang mencukupi untuk meneruskan jadual perkhidmatan pada Hari Raya dan kompaktor untuk kutipan sampah.


Pengurus Wilayah Melaka dan Negeri Sembilan, Dr Al’ashari Othman berkata, SWM mengatur 237 pekerja dan menggerakkan 58 unit lori sampah untuk perkhidmatan pada Hari Raya pertama manakala untuk Hari Raya kedua, sebanyak 446 pekerja dan 101 unit lori sampah yang akan beroperasi.

Operasi SWM akan lebih tertumpu terutama di kawasan penempatan Melayu yang tinggi untuk memastikan tiada timbunan sampah yang banyak iaitu; 37 kawasan di Melaka Tengah, 18 kawasan di Alor Gajah dan 21 kawasan di Jasin.


Beliau meminta semua pihak memberi kerjasama untuk menjaga kebersihan pada perayaan Hari Raya untuk memastikan persekitaran yang bersih.


Beliau juga berharap semua pihak dapat melakukan pengasingan sampah dan kitar semula untuk mengelakkan pembuangan sampah haram dan pada masa yang sama mengelakkan pembaziran makanan.


Beliau juga mengingatkan semua pihak untuk mengambil langkah yang betul untuk pelupusan topeng muka dan dibuang di dalam tong sampah selepas diikat dengan plastik.


Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Talian Indahkan Malaysia (1-800-88-7472), atau WhatsApp 012-6180082, atau email kepada swmresponz@swmsb.com.