Sisa Pukal, SWM Environment Kutip Sekali Seminggu Mengikut Jadual. Perlu Diikat dan Diletakkan Dengan Baik.

(Seremban, 22.09.2020) Sisa pukal seperti tilam, perabot lama, barangan elektronik dan sebagainya serta dahan atau ranting kayu yang dibersihkan daripada taman, bagaimana untuk melupuskannya, adakah pekerja SWM Environment Negeri Sembilan?


Ketika temubual bersama Dr Al’Ashari, Pengurus Wilayah Melaka & Negeri Sembilan, SWM Environment menyatakan bahawa lori yang membuat kutipan sisa pukal, taman, barangan elektronik dan kitar semula akan membuat kutipan mengikut jadual di setiap kawasan perumahan setiap satu kali seminggu. Oleh itu, penduduk perlu memahami jadual kutipan bagi sisa pukal dan meletakkannya di luar rumah.


Beliau menjelaskan bahawa “meletakkan” ialah dengan meletakkan sisa pukal dengan baik bersebelahan dengan tong sampah dan tidak membuangnya begitu sahaja di luar rumah.


“Sisa pukal merujuk kepada perabot, perkakasan seperti peti sejuk, penghawa dingin atau mesin basuh dan sebagainya, dalam masa sama sisa taman seperti dahan, ranting kayu, daun kering, barangan elektrik dan kitar semula akan dikutip. Penduduk tidak boleh melonggokkan semua sampah mengikut kemudahan sendiri, sekiranya lori tidak mengambil semuanya dalam masa sama, masalah sampah akan menimbulkan isu kebersihan.


Orang Awam Perlu Memahami Jadual Kutipan Sampah.


Dr Al’Ashari menerangkan bahawa sampah yang diletakkan di luar rumah akan diperiksa. Semua perlu membungkus atau mengikatnya dengan kemas, ada bateri kecil, mentol lampu atau barangan elektrik dan sebagainya di bungkus dan dibuang. Bagi sisa yang dibersihkan daripada taman, ranting kayu perlu dibungkus atau diikat dan diletakkan bersebelahan dengan tong sampah untuk dikutip.


“Perabot seperti kabinet besar, sofa atau tilam, boleh diletakkan terus bersebelahan tong sampah di luar rumah tanpa perlu dibongkarkan, tetapi penduduk tidak boleh membuang kesemuanya serentak, lori akan datang setiap sekali seminggu dan sekiranya isi rumah membuang sisa pukal dalam kuantiti yang besar, kami tidak dapat menangani kesemuanya.


Beliau menekankan walaupun kutipan sisa berskala besar ialah secara percuma daripada SWM Environment kepada orang awam, tetapi orang awam perlu memberikan kerjasama bagi menjaga kebersihan alam sekitar dan memudahkan pekerja SWM Environment bertugas.


“Adalah lebih baik orang awam memahami jadual kutipan di tempat tinggal mereka, pada hari apa lori SWM Environment datang membuat kutipan setiap minggu dan meletakkan sampah pada hari jadual kutipan atau sebelum 7:30 pagi bagi meletakkan sampah bersebelahan tong sampah di luar rumah.


Potong Dan Memangkas Pokok, Upah Kontraktor Untuk Membersihkannya


Dr Al’Ashari memberitahu bahawa ramai orang menganggap bahawa kutipan sampah di luar rumah ialah dibawah tanggungjawab pekerja SWM Environment. Selepas memotong pokok besar di hadapan rumah, ada yang meninggalkan sampah tersebut di luar rumah tetapi sikap tersebut sangat memalukan.


Beliau menyatakan ada orang awam menganggap bahawa daun kering, dahan, ranting pokok yang dilonggokkan di luar rumah akan dibersihkan. Jadi, tidak dibungkus atau diikat dan hanya dilonggokkan di luar rumah atau di bahu jalan mendatangkan kesusahan kepada pekerja.


Berapa kali perlu daun dan dahan pokok perlu diangkat? Kami bekerja secara manual dan tidak mempunyai mesin. Bagaimana untuk kami mengangkat dahan pokok yang besar? Malah, selepas memotong pokok atau memangkas pokok besar, orang awam perlu mengupah kontraktor untuk menguruskannya kerana ianya tidak ada didalam skop kerja dan kami tidak mempunyai alat untuk memotong dahan pokok kepada saiz kecil.


Sisa Binaan Bukan Dibawah Skop Kerja


Dr Al’Ashari menyatakan bahawa maksud sisa pukal sangat luas termasuk perabot dan barangan rumah, oleh itu, jumlah sisa pukal yang timbul setiap minggu di kawasan perumahan melebihi imaginasi. Terdapat banyak rumah dan hanya beberapa akan memberikan kesan terhadap jadual kutipan lori. Contohnya, perlu membuat perjalanan lain untuk melaksanakan pengaturan lain kerana lori telah penuh, bagi sisa yang berskala besar tidak dapat diambil dalam masa yang sama.


Beliau menyatakan bahawa sampah yang dikutip oleh lori SWM Environment (sampah domestik) ialah untuk sisa makanan yang boleh dibuang terus ke dalam tong sampah dan akan dikutip setiap dua kali seminggu.


“Namun begitu, sisa binaan bukan dibawah skop kerja kami. Orang awam perlu mengupah kontraktor berlesen bagi menyediakan tong RoRo.”
Beliau menyatakan bahawa ramai orang awam keliru dengan jenis sisa pukal, sisa taman dan sisa binaan. Selepas membuang sampah berkenaan, salah faham timbul terhadap SWM Environment yang mengabaikan kutipan sisa tersebut.


Walaupun sisa binaan dibungkus dan diletakkan di luar rumah, kami tidak akan mengambilnya kerana ianya bukan dibawah skop kerja kami.


Kaca Pecah Perlu Dibungkus Dalam Kertas Surat Khabar


Beliau turut mengingatkan orang awam apabila melupuskan kaca pecah atau barangan lain yang tajam, mereka perlu membungkusnya di dalam kertas surat khabar bagi mengelakkan kecederaan kepada pekerja ketika proses kutipan sampah.