Program Kutipan Barangan Kitar Semula KITARecycle. Masjid Saidatina Aisyah


11 Feb 2026

Institusi masjid kini bukan sahaja menjadi pusat ibadah dan ilmu, malah turut memainkan peranan dalam memacu kelestarian alam sekitar melalui Program Kutipan Barangan Kitar Semula KITARecycle.

Program ini memberi peluang kepada masyarakat setempat untuk mengurangkan sisa ke tapak pelupusan serta membudayakan pengasingan sisa di punca secara berterusan. Tahniah dan terima kasih kepada pihak pengurusan Masjid Saidatina Aisyah serta semua penduduk yang menyokong usaha ini.