Program Pembersihan Pantai Di Lima Lokasi Utama

SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM Environment) dengan kerjasama Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) dan Coca-Cola Bottlers Malaysia Sdn. Bhd. (Coca-Cola) menganjurkan program pembersihan pantai bertemakan Sinergi Untuk Ekologi Bersama yang berlangsung serentak melibatkan lima lokasi utama di ketiga-tiga negeri wilayah selatan iaitu Negeri Sembilan, Melaka dan Johor, Sabtu lalu.


SWM Environment dan SWCorp turut berganding bahu bersama Pihak Berkuasa Tempatan dan sukarelawan untuk menjalankan pembersihan serentak di 19 lokasi lain di ketiga-tiga negeri tersebut, membawa jumlah lokasi yang menjalankan program World Cleanup Day di wilayah selatan kepada 24 lokasi: 9 (Negeri Sembilan), 4 (Melaka) dan 11 (Johor).

Pengurus Besar Korporat SWM Environment, Mohd Norlisam Mohd Nordin berkata, penganjuran program ini adalah selaras dengan matlamat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang bersih, indah dan sejahtera selain memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan menjaga kebersihan alam sekitar.


Aktiviti pembersihan di pesisiran Pantai Tanjung Dahan sepanjang 1 kilometer (km) berjaya mengutip sebanyak 429.5 kilogram sampah.