PERKHIDMATAN CEMERLANG, PEKERJA PEMBERSIHAN YONG PENG DIANUGERAH “HERO PEKERJA PEMBERSIHAN”

(Berita Batu Pahat) Seorang pekerja pembersihan yang telah berkhidmat selama 28 tahun telah dianugerahkan sebagai “Hero Pekerja Pembersihan Negeri Johor”.


Menurut SWM, penerima anugerah iaitu Encik Tami Bin Bidin telah diiktirafkan oleh SWCorp sebagai penerima anugerah merupakan pekerja dari cawangan Yong Peng.


Penerima anugerah “Hero Pekerja Pembersihan 2020 Negeri Johor” En Tami Bin Bidin yang merupakan pekerja pembersihan pertama di negeri Johor menerima gelaran tersebut.
Majlis penyampaian telah disempurnakan oleh Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Puan Hajah Zuraida Kamaruddin di ibu pejabat SWCorp. Penerima membawa pulang sijil penghargaan serta wang tunai.


Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Encik Ho De Leong ,Encik Tami telah bekerja dalam bidang ini mula dari tahun 1992 bersama Majlis Daerah Yong Peng dan kemudian dengan bersama SWM sejak dari tahun 2004 sehingga kini. Encik Tami telah mempamerkan rekod kerja yang cemerlang sepanjang tempoh perkhidmatan. Beliau juga mempunyai sifat terpuji, komitmen dan displin kerja yang tinggi.


“Sebelum ini juga, Encik Tami pernah menerima Anugerah Pekerja Cemerlang pada tahun 2018 dan telah mengikut pelbagai kursus dan program latihan dalaman. Atas prinsip komitmen yang tinggi terhadap kerjaya, beliau sanggup mengorbankan cutinya bersama keluarga demi menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan tanggungjawab“.


Katanya, melalui kerjayanya sebagai pekerja pembersihan, beliau berjaya memberi pendidikan kepada empat orang anaknya hingga ke tahap pengajian tinggi di Institusi Pengajian Tinggi (IPTA), turut ada di antara anaknya yang telah memulakan kerjaya mereka sendiri di sektor swasta. Lebih menggembirakan apabila kemanisan kejayaan ini turut dikongsi bersama dengan kehadiran cucu pertamanya.


Encik Tami menzahirkan rasa bangga diatas perganugerahan tersebut, beliau berharap penganugerahan ini menjadi dorongan kepada rakan-rakan lain untuk terus memberikan kualiti perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat demi memastikan keselesaan hidup dan kebersihan yang lebih terjamin.


Anugerah Hero Pekerja Pembersihan ini akan terus memberi peransang kepada barisan pekerja pembersihan untuk memberi kualiti yang terbaik dan memastikan tanggungjawab menjaga kebersihan dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Sin Chew Daily, 21.06.2020