PENYERAHAN CEK HADIAH TAJAAN PROGRAM IMELC KEPADA SJK(C) FOON YEW 2

(JOHOR BAHRU, 15 FEBRUARI) SJK(C) Foon Yew 2 yang memenangi naib johan bagi kategori kitar semula dan tempat ketiga untuk pertandingan akhir Iskandar Malaysia Eco-Youth Challenge (IMELC) 2019 anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Pihak Berkuasa Pembangunan Wilayah Iskandar (IRDA), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM Environment).

Pihak sekolah telah menerima cek hadiah tajaan tersebut yang dihadiri oleh wakil dari Mohd Munir Baharom, Penolong Pengarah Pendidikan Negeri Johor, Siti Nuraiyah dari Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru, Khairulnisa dan Choo Hui Fung dari Irda dan Pengurus Wilayah Johor SWM Environment, Mohd Zan Arris serta Guru Besar SJK(C) Foon Yew 2, Tan Bee Yee.

Sementara itu, Tan merakamkan sekalung penghargaan kepada pihak penganjur dan amat berbangga dengan kejayaan yang diraih hasil daripada kerjasama warga sekolah dan mendapat sokongan daripada ibu bapa. Beliau memaklumkan bahawa pihak sekolah akan memanfaatkan sebaiknya wang hadiah kemenangan tersebut untuk aktiviti dan mewujudkan ruang kelestarian.