Pekerja Pembersihan Yang Bertugas Di Lapangan Tidak Terkecuali Dari Ancaman Wabak.

(Seremban, 11.04.2020) – Pekerja pembersihan menjalankan tugas seperti biasa bagi memastikan kebersihan terjamin.


Setiap hari pekerja menjalankan tugas di kawasan mereka dan mengekalkan kebersihan. Kerja-kerja pembersihan ialah didalam kategori perkhidmatan penting (essential service), dibawah Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuatkuasakan pada 18 Mac hingga 14 April.


Kerja-kerja sapuan, pembersihan longkang dan kutipan sisa pepejal dilaksanakan oleh pekerja.Walaupun takut dengan situasi wabak ini, pekerja tetap keluar pada awal pagi menjalankan tugas seperti biasa.


Jumlah janaan sampah juga rendah seiring dengan pergerakan orang ramai yang berkurangan. Dr Al’Ashari Bin Haji Othman, Pengurus Wilayah Melaka & Negeri Sembilan berkata adalah penting untuk menjaga kebajikan anggota pekerja di lapangan bagi kebaikan orang ramai juga.


Beliau memaklumkan para pekerja disediakan alat keselamatan diri (PPE) seperti sarung tangan dan penutup muka dan hidung. Kerja-kerja pembersihan juga tetap dijalankan di pasar setiap hari.