Operasi Sanitasi Awam di Tempat Awam

Operasi Sanitasi Awam Di Tempat Awam
Kawasan Di Bawah Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya


SWM dan Pihak Berkuasa memulakan operasi sanitasi awam di tempat awam di bawah Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ).


Menurut Pengurus Besar Korporat SWM Environment, En Mohd Norlisam Mohd Nordin, Melaka adalah negeri ketiga melakukan kerja-kerja proses sanitasi awam selepas Johor dan Negeri Sembilan yang memulakan operasi sanitasi awam pada 30 Mac.


Beliau berkata, SWM memulakan kerja-kerja operasi sanitasi awam mulai jam 9.30 pagi meliputi 6 lokasi iaitu; tempat awam seperti medan selera Taman Melaka Baru dan Bukit Beruang, Pasar Awam Bukit Beruang, Muzzaffar Syah, Ayer Keroh dan Bemban.


SWM menggerakkan kenderaan “waterjet” bagi kerja-kerja sanitasi awam di tempat awam tersebut. Beliau mengingatkan penduduk tidak pergi atau merokok di tempat awam tersebut semasa operasi sanitasi awam dijalankan supaya mengelakkan sentuhan cecair kimia yang beracun dan mendatangkan bahaya kepada kesihatan.


Beliau juga memaklumkan bahawa pihak SWM masih meneruskan kerja-kerja pembersihan dan kutipan sampah mengikut jadual untuk memelihara kebersihan alam sekitar.