MPPD, Jabatan Bomba dan Penyelamat Dan SWM Terlibat Dalam Operasi Sanitasi Pasar Pasir Panjang.

(Linggi, 12.04.2020) – Bagi mengelakkan penyebaran wabak Covid-19, MPPD, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan SWM Environment, beberapa hari lalu telah melaksanakan penyemburan sanitasi di Pasar Pasir Panjang dan premis perniagaan yang berdekatan dengan pasar.


Selepas kesemua agensi tiba, mereka membahagikan kumpulan pasukan dan menyarungkan pakaian keselematan dan mengisi tangki cecair pembasmi kuman serta melakukan penyemburan disekitar pasar, premis perniagaan dan tandas awam.


Sebelum melaksanakan operasi penyemburan, peniaga-peniaga telah dimaklumkan untuk menyimpan barangan dan barangan yang tidak diperlukan perlu dialihkan bagi membolehkan petugas untuk melakukan aktiviti penyemburan sanitasi.