MAJLIS DAERAH TANGKAK (MDT) BERSAMA BEBERAPA AGENSI MELAKUKAN SEMBURAN SANITASI AWAM

MAJLIS DAEARAH TANGKAK (MDT) BERSAMA BEBERAPA AGENSI MELAKUKAN SEMBURAN SANITASI AWAM


(Berita Tangkak 2/4/2020) Bagi mencegah penularan Covid-19, Majlis Daerah Tangkak (MDT) bersama SWM dan Bomba Tangkak telah mengadakan Program Semburan Sanitasi di jalan utama dan beberapa bangunan kerajaan.


Semua anggota jabatan dan agensi yang terlibat berkumpul di Bangunan MDT pada jam 9.00 pagi hari ini. Kemudian kumpulan diagih mengikut kawasan yang terlibat untuk menjalankan semburan sanitasi, Kawasan terlibat termasuk Bangunan Pejabat Dearah, Bangunan MDT, Pejabat JKR, TNB, Perhentian bas, Pasar Awam Tangkak dan jalan jalan utama.


Bilangan anggota dan perlalatan yang terlibat adalah MDT menggunakan 1 unit lori dan beberapa anggota, Jabatan Bomba pula dengan 1 unit lori bomba dan 6 orang anggota, manakala SWM pula terlibat dengan 1 unit lori waterjet dan 8 pekerja.


China Press: 3.04.2020