Majlis Bandaraya Hantar Jentera Pembersihan Bersih Jalanraya

(Seremban, 05.11.2020) Bagi memulihkan semula Taman Happy dengan secepat mungkin, Majlis Bandaraya juga turut menghantar jentera pembersihan bagi membersihkan lumpur di jalan raya. Syarikat SWM Environment juga membantu mangsa banjir membersihkan sampah dan telah meminta penduduk meninggalkan sampah diluar rumah untuk dilupuskan oleh pihak SWM Environment.


Pegawai yang bertugas menyatakan bahawa mereka mula menghantar jentera dan anggota pada jam 8:00 pagi membersihkan tiga buah lorong di Taman Happy dan dibantu oleh SWM untuk membersihkan sampah. Kerja pembersihan dijangka selesai hari ini.


Dalam masa yang sama, Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Seremban, Dato’ Zazali, Ahli Majlis, Li Hanqiang, Zhuang Xuehe dan beberapa pegawai lain turut membuat lawatan di kawasan bencana pada hari ini bagi melihat keadaan sebenar dan menyampaikan takziah kepada mangsa bencana.