Longkang mengumpulkan sisa lumpur, rumpai dan debu. Rumah awam dibersihkan sekali lagi

(Bahau, 11.02.2020) Pada petang hari ke-4 Tahun Baru Cina iaitu 28hb, berlaku banjir kilat di kawasan perumahan penduduk. Selepas pembersihan dilakukan, sisa lumpur yang tebal di dalam longkang dan dikhuatiri boleh menyebabkan banjir kilat berlaku lagi. Majlis Perbandaran Jempol dan SWM Environment telah melakukan kerja-kerja pembersihan kali kedua pada paginya. Kerja-kerja dilakukan secara manual dan menggunakan jentera pembersihan Ultra Whack Vacuum Cleaner.

YB Teo Kok Seong, ADUN Bahau telah melakukan lawatan ke lokasi dan beliau dimaklumkan oleh penduduk terlibat bahawa semasa banjir kilat berlaku longkang bersebelahan rumahnya telah dinaiki air dengan cepat. Longkang dipenuhi dengan lumpur berwarna kuning menyebabkan banjir kilat berlaku dan seterusnya mengalir memasuki rumah penduduk.
Selain lumpur memasuki melalui hadapan rumah, terdapat juga rumah kediaman lain yang dimasuki lumpur melalui dapur belakang. Setelah air surut, lumpur melekat di dinding dan lantai hingga sukar dibersihkan.

Bahagian Pembangunan Perumahan : longkang telah lama

YB Teo kok Seong dan pegawai telah melawat rumah kediaman terlibat dan mendapati longkang bersebelahan penduduk telah dipenuhi dengan rumput-rampai dan sampah-sarap. Sekiranya air di dalam meningkat, ia akan menghalang aliran air dan sudah tentu mudah memasuki kediaman penduduk. Beliau meminta melakukan segera pembersihan agar sekiranya hujan tidak akan berlaku lagi banjir kilat pada masa hadapan.

Beliau turut memaklumkan kepada pemberita bahawa pihak berkuasa tempatan telah menghantar pekerja untuk melakukan pembersihan awalan di lokasi terlibat dengan banjir kilat dan beliau mendapati masih terdapat lumpur tebal di dalam longkang. Justeru itu, beliau telah mengambil keputusan untuk melakukan pembersihan kali kedua.

Beliau juga memaklumkan longkang bersebelahan rumah kediaman penduduk telah lama dibina dan mencukupi bagi menampung aliran air pada ketika itu kerana tiada banyak pembangunan perumahan.

Namun, dengan pembangunan semakin rancak, longkang besar tersebut tidak mampu lagi menampung jumlah aliran air yang banyak. Oleh itu, kerajaan Negeri Sembilan akan melihat keadaan ini untuk mencari jalan penyelesaian bagi membaiki tahap sistem pengairan di taman perumahan.