KUNJUNGAN TAHUN BAHARU CINA SWM ENVIRONMENT

(JOHOR BAHRU, 18 JANUARI) Delegasi pengurusan SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM Environment) yang diketuai oleh Pengurus Wilayah Johor, Mohd Zan Arris telah melakukan Kunjungan Tahun Baharu Cina ke pejabat Sin Chew Daily. Para delegasi telah meluangkan masa menyertai Sesi Tulisan Chun Lian.

Gambar dari kiri, wakil Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Kerajaan, Muhammad Ariff Mohamad Nizam, Livingwater A/P Ponnusamy, Ketua Biro Sin Chew Daily, Ho Wan Mee. Dari kanan pula Penolong Ketua Biro Sin Chew Daily, Wee Yah Mei, Pengurus Kawasan Perkhidmatan Johor Selatan 1, Mohd Nur Izham Ahmad dan Pengurus Kawasan Perkhidmatan Johor Selatan 2, Mohd Asrif Samion.