Kayu, Kenderaan Reput, Binaan Haram Dibersihkan Bagi Mengelakkan Keruntuhan. Penduduk Kampung Guna Pakai Longkang.

(Seremban, 24.09.2020) Penduduk Kampung Baru Rasah menggunakan longkang kejiranan dengan meletakkan kayu untuk menutupi longkang dan meletakkan kenderaan lama di atas permukaan kayu tersebut. Dalam masa yang sama membina longkang dihadapan rumah tanpa kebenaran sehingga menyebabkan keruntuhan longkang sehingga longkang tersumbat serta mencetuskan banjir kilat.


Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Seremban, Li Hanqiang, Zhuang Xuehe dan Ketua Kampung Baru, Liu Tiancai mengetuai penduduk kampung melaksanakan kerja pembersihan semalam.


Liu Tiancai memberitahu bahawa pada Isnin ini longkang di hadapan rumah berdekatan dengan tokong cina di kampung tersebut telah runtuh dan menyebabkan longkang tersebut tersumbat sehingga air longkang melimpah dan memasuki kawasan rumah penduduk yang rendah serta mencetuskan banjir kecil.


Ketua kampung memberitahu longkang yang dibina beberapa tahun lalu oleh jirang bertentangan penduduk kampung. Pada masa itu jiran tersebut memberitahu untuk mengelakkan bapa beliau yang tua daripada mengundur masuk ke dalam rumah. Tidak menyangka bapanya telah berhenti daripada memandu beberapa tahun ini tetapi penduduk kampung tidak mahu meruntuhkan longkang tersebut.


Keruntuhan Tebing Longkang Menyebabkan Banjir.


Ketua kampung menyatakan bahawa akibat daripada kenderaan dan lori melalui jalan tersebut saban tahun, tidak menyangka tebing akan runtuh dan batu masuk ke dalam longkang. Ketika hujan lebat beberapa hari ini, air melimpah kerana tidak lancar sehingga mencetuskan banjir kecil di rumah penduduk yang rendah.


Tambahan pula, keluarga yang tinggal di kawasan tinggi juga telah menggunakan longkang bersebelahan sebagai stor dan pernah digunakan oleh pemilik tanah. Binaan kayu telah dibina diatas longkang bagi meletakkan kenderaan buruk yang tidak boleh digunakan lagi menyebabkan jalan sesak.


Ketua kampung memberitahu pihak Majlis Bandaraya Seremban telah menerima laporan tersebut dan mengeluarkan surat amaran meminta penduduk untuk mengalihkan kenderaan buruk tersebut dan semalam, ketika ketua kampung bekerja bersama ahli majlis dan jawatankuasa penduduk membersihkan binaan kayu diatas longkang tersebut, pihak lain turut menarik kenderaan buruk dengan treler dan kenderaan lain pula mendakwa kenderaan lain itu masih boleh dipandu dan diletakkan di hadapan rumah.


Ketua kampung berterima kasih dengan ahli majlils, jawatankuasa penduduk dan SWM Environment atas bantuan yang diberikan.
Kerja pembersihan longkang tersumbat dan binaan kayu diatas longkang dilakukan bersama dan dalam masa yang sama kenderaan penduduk yang ditinggalkan itu akan diletakkan di depoh atau tempat meletak kenderaan di dalam kawasan rumah penduduk tersebut.


Meletakkan kenderaan yang tidak boleh digunakan di hadapan rumah bukan sahaja mengundang binatang liar seperti ular, serangga dan tikus. Akhirnya akan menjadi tempat pembiakan nyamuk dan merisikokan penduduk menjadi mangsa kepada demam denggi.


Pasang Penutup Longkang Yang Boleh Ditanggalkan Untuk Memudahkan Kerja Pembersihan


Ahli majlis, Majlis Bandaraya Seremban, Li Hanqiang memberitahu bahawa penduduk bandar tidak sepatutnya menggunakan longkang kejiranan dan membina binaan kayu diatas longkang bagi meletakkan kenderaan buruk. Ini kerana jalan di dalam kampung itu sempit dan akan menyebabkan kesesakan jalan raya.


Ahli majlis memninta penduduk untuk menggunakan penutup longkang yang mudah alih bagi memudahkan pekerja SWM Environment melaksanakan kerja pembersihan longkang dan memotong rumput.


Ahli majlis menyatakan bahawa simen yang menutup longkang terlalu berat bagi pekerja untuk mengalihkannya dan melaksanakan pembersihan sehingga boleh menyebabkan longkang tidak dapat dibersihkan serta menyebabkan longkang terus tersumbat.


Ahli majlis memberitahu longkang yang kerap tersumbat disebabkan oleh manusia sendiri. Ramai orang suka membuang sampah ke dalam longkang sesuka hati dan akhirnya menyebabkan longkang tersumbat. Orang ramai perlu membuang sampah ke dalam tong sampah setiap masa.


Ahli majlis memberitahu Kampung Baru Rasah berada dalam zon merah pada tahun lalu. Saya berharap bahawa penduduk memberikan perhatian kepada kebersihan kawasan persekitaran dan mengelakkannya daripada menjadi sarang pembiakan nyamuk serta menyebabkan penyakit.