KAUNTER PENGAMBILAN TONG SAMPAH BERODA SWM BEROPERASI SEMULA

(JOHOR BAHRU, 18 MEI) SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM Environment) akan membuka semula Kaunter Pengambilan Tong Sampah Beroda mengikut garis panduan yang digunapakai sepanjang tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Pengurus Wilayah Johor, Mohd Zan Arris berkata, pihak SWM Environment telah membuat persediaan rapi bagi membuka kaunter semula kaunter berkenaan dengan meningkatkan tahap pengawasan pelanggan merangkumi pemeriksaan suhu badan di pintu masuk, penjarakan sosial sekurang-kurangnya satu meter dan penyediaan pensanitasi tangan di kaunter urusan.

Jelasnya, orang ramai disarankan untuk memakai pelitup muka sebagaimana diwajibkan ke atas kakitangan yang bertugas di kaunter berkenaan. Tambahnya lagi, kaunter berkenaan akan beroperasi pada setiap hari Ahad hingga Khamis dari jam 9:00 pagi hingga jam 4:30 petang di Depoh SWM Johor Bahru beralamat di Blok B, Bangunan Tan Hoe Joo, Jalan Kangkar Tebrau.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan tentang penutupan kaunter berkenaan sempena sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri pada 22 Mei sehingga 25 Mei dan akan kembali beroperasi seperti biasa pada 26 Mei 2020. Sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi Talian Indahkan Malaysiw 1-800-88-7472 atau Talian WhatsApp SWM di 012-618 0082.