Japerun Sungai Udang anjur gotong-royong sempena TBC 2020

 

SUNGAI UDANG 7 Jan. -Jawatankuasa dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Sungai Udang akan mengadakan aktiviti bergotong-royong membersihan kawasan sekitar Kampung Baru Sungai Udang sempena sambutan Tahun Baru Cina (TBC) 2020.

Menurut Penyelaras DUN kawasan itu, Mohd Lokman Abdul Ghani, aktiviti itu yang diadakan pada setiap minggu dijangka dimeriahkan dengan penglibatkan rakyat setempat.

Katanya, selain menjadi medium merapatkan hubungan antara masyarakat, aktiviti itu juga menjadi pembuka kepada persekitaran yang lebih bersih dan sihat menjelang sambutan berkenaan.

“Kita jangka lebih 100 orang akan hadir pada aktiviti ini yang bermula kira-kira jam 8.30 pagi.
“Ia juga akan dibantu dengan beberapa agensi antaranya SWM Environment Sdn Bhd dan kontraktor pembersihan kawasan,” katanya ketika dihubungi.

Jelas Lokman, pihaknya juga bercadang menyampaikan sumbangan TBC 2020 pada aktiviti berkenaan.