Ikat Dan Masukkan Dalam Beg Sampah. Jangan Buang Sesuka Hati Sisa Taman.

(Seremban, 11.10.2020) Sisa taman tidak sepatutnya dibuang sesuka hati, orang ramai perlu meningkatkan kesedaran dengan mengikat dan memasukkannya dalam beg plastik sampah.


Mohd Norlisam, Pengurus Besar SWM Environment, menyatakannya ketika ditemubual oleh China News: Umumnya, sisa di taman perumahan boleh dibahagikan kepada dua kategori, iaitu sisa dapur dan sisa pukal, kitar semula dan sisa taman.


Beliau memberitahu bahawa syarikat melaksanakan kutipan sisa dapur dua kali seminggu mengikut jadual yang telah ditetapkan di setiap taman, papan tanda jadual juga turut diletakkan di setiap taman.


Beliau menyatakan sisa taman seperti dahan, ranting dan daun biasanya dibuang begitu sahaja. Sepatutnya sisa taman ini perlu diikat dan dimasukkan ke dalam beg plastik sampah atau tidak akan dikutip oleh pihak syarikat sekiranya tidak mengikut standard piawaian operasi (SOP).

Mendidik Orang Ramai Untuk Menguruskannya Dengan Betul


Beliau memberitahu secara umum, kontraktor profesional yang dilantik untuk menguruskan pokok yang besar. Pihak kontraktor perlu bertanggungjawab membersihkan dahan yang jatuh dan bukannya membuang dahan tersebut di bahu jalan dan membiarkan pekerja pembersihan untuk mengangkatnya.


Beliau percaya cabaran yang dihadapi oleh pihak syarikat hari ini, ialah mendidik orang ramai untuk menguruskan sisa taman dengan baik. Saya percaya ramai orang membuang sisa taman di dalam tong sampah dan tidak mengikatnya atau memasukkannya ke dalam beg plastik sampah.


“Apa kita mahukan ialah mendidik orang ramai tentang tanggungjawab untuk mengikat sisa taman agar memudahkan pekerja datang membuat kutipan.


Beliau menyatakan bahawa ada beberapa barangan bersaiz besar seperti sofa dan perabot lama, pekerja datang buat kutipan sekali seminggu mengikut jadual di setiap taman.


Beliau memberitahu bahawa sisa berskala besar yang banyak akan diambil berperingkat. Oleh itu, orang ramai perlu mengelak untuk membuang sisa berskala besar yang banyak dalam masa yang sama. Beliau menggesa orang ramai untuk memahami jadual kutipan sampah di kawasan kediaman masing-masing. Hanya meletakkan barangan berskala besar bersebelahan tong sampah beroda dan pekerja akan datang membuat kutipan.


Pelekat Kod Bar Untuk Mendapatkan Mata Ganjaran.


Mohd Norlisam menyatakan bahawa syarikat telah melaksanakan sistem pengumpulan mata ganjaran di bawah program KITARecycle di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor pada tahun 2018 bagi membantu kerajaan mendidik dan menggalakkan orang ramai melaksanakan pengasingan sisa kitar semula.


Beliau memberitahu orang ramai boleh menukarkan mata ganjaran terkumpul kepada wang tunai, ini dapat menggalakkan orang ramai memulakan amalan pengasingan sampah bagi mengurangkan janaan sampah dan melindungi alam sekitar.


Beliau menjelaskan terdapat 25 jenis barangan kitar semula yang boleh dikumpulkan dan ditukarkan kepada mata ganjaran termasuklah kertas, aluminium, plastik, barangan elektronik dan sebagainya.


Turut sama hadir Pang Wei Fong, Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat, SWM Environment, Nurul Liza, Penolong Pengurus dan Siti Mariam.


KITARecycle Beri Ganjaran Pengasingan Barangan Kitar Semula.


Norlisam memberitahu komuniti yang berminat untuk terlibat dalam program pemberian ganjaran kitar semula boleh mendaftar di laman sesawang (www.kitarecycle.com ). Penduduk yang melekatkan pelekat kod bar dibungkusan beg plastik akan menerima mata ganjaran berbeza mengikut jenis barangan kitar semula seperti aluminium dan kertas.

Beliau menyatakan bahawa KITARecycle ialah sistem pemberian mata ganjaran ini boleh dimuat turun daripada Google Play Store menerusi telefon pintar. Bagi pengguna telefon pintar Apple, mereka perlu menunggu. Pihak syarikat amat mengalu-alukan persatuan penduduk, institusi pendidikan dan organisasi setempat daripada pelbagai daerah untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan sistem ini.


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi melalui emel info@kitarecycle.com atau hubungi 012-6180082.