HASSAN KARIM: OSMAN SAPIAN JADI PENENTU, JOHOR HADAPI PRN SELEPAS SABAH

(JOHOR BAHRU, 12 SEPTEMBER) Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, Ahli Dewan Negeri Johor Kawasan Kempas, Datuk Osman Sapian menjadi penentu negeri Johor hadapi Pilihanraya Negeri (PRN selepas Sabah sekiranya beliau dipecat atau digantung keahlian daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).


Hassan berkata demikian selepas menyertai program gotong-royong bersama penduduk Kampung Orang Asli Kuala Masai yang diadakan pada pagi ini, di sini.


Dalam pada itu, Hassan berharap agar aktiviti gotong-royong dan pendidikan kesedaran tentang kebersihan persekitaran dan pencegahan denggi dapat ditingkatkan bagi menangani kes demam denggi yang semakin meningkat kawasan Johor Bahru dan Pasir Gudang.


Program Gotong-Royong Kg. Orang Asli Kuala Masai tersebut telah dianjurkan oleh Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Pasir Gudang dan mendapat kerjasama daripada pelbagai agensi termasuk SWM Environment, COMBI, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).