BEBERAPA AGENSI TURUT TERLIBAT DALAM OPERASI SANITASI DI SEKITAR DAERAH KULAI

(KULAI, 6 APRIL) Bagi memerangi penularan pandemik COVID-19, beberapa agensi bekerjasama dalam menjayakan operasi sanitasi di kawasan awam sekitar daerah Kulai.

Operasi Sanitasi ini tertumpu di kawasan awam sekitar daerah Kulai: Terminal Bas, Pasar Awam, Masjid di Kampung Melayu dan Kampung Baru Kulai.

Agensi-agensi yang turut terlibat dalam operasi ini Pejabat Daerah Kulai, Majlis Perbandaran Kulai (MPKu), Jabatan Kesihatan MPKu, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), RELA, SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM) dan pihak SWCorp Negeri Johor.

Ketua Pasukan Rela Daerah Kulai, Chan Keng Sin berkata, operasi sanitasi ini dijalankan selama 4 hari berturut dan akan diteruskan keesokan hari dengan bantuan Polis Diraja Daerah Kulai. Tambah beliau, operasi ini tertumpu di kawasan awam, dan berharap langkah ini dapat mencegah penularan wabak COVID-19.