COVID-19: SWM Environment tingkatkan perlindungan anggota bertugas


JOHOR BAHRU, 19 Feb (Bernama) — Pemegang konsesi pengurusan sisa bersepadu dan pembersihan awam SWM Environment Sdn Bhd (SWM Environment) Wilayah Selatan, mengambil langkahmeningkatkan tahap perlindungan dan kebersihan diri anggotanya yang bertugas di lapangan, bagi mencegah penularan jangkitan COVID-19.


Pengurusnya Mohd Zan Arris berkata langkah dilaksanakan bermula hari ini, dengan memberi perhatian khusus kepada anggota yang bertugas di lokasi tumpuan pelancong, yang antaranya anggota dari Unit
Pusat Bandar yang bertugas di bandar-bandar utama.


“Sebagai perlindungan, mereka ini akan disediakan dengan topeng penutup hidung dan mulut dan juga diberikan taklimat oleh Pejabat Kesihatan Daerah, mengenai cara mencuci tangan dengan betul serta simptom-simptom COVID-19.


“Pendekatan ini diambil bagi melengkapi prosedur keselamatan dan kesihatan pekerjaan sedia ada, dan juga untuk mengikut saranan sementara dikeluarkan Pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), iaitu
untuk memperkukuhkan langkah pengawasan dan pencegahan penyakit berjangkit itu,” katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.


Mohd Zan berkata taklimat pencegahan jangkitan itu akan dianjurkan di setiap cawangan SWM


Environment.
— BERNAMA
BERITA BERKAITAN