Zainal Fitri: Hanya Lakukan Kerja Pembersihan Tidak Mencukupi. Jaga Kebersihan Pantai: Jangan Buang Sampah.

(Port Dickson, 27.07.18) Pengarah SWCorp Negeri Sembilan, Encik Zainal Fitri Bin Haji Ahmad memberitahu orang ramai perlu menjaga kebersihan pantai serta tidak membuang sampah sesuka hati.

Beliau memberitahu kerja pembersihan yang dijalankan tidak mencukupi, perlu ada rasa tanggungjawab dengan sampa ditangan kita, termasuklah punting rokok perlu dibuang ke dalam tong sampah bagi mengelak pencemaran air laut.

Zainal Fitri pada pagi ini,bersama-sama dengan Pengurus Besar Hal Ehwal Korporat, SWM Environment, Encik Mohd Norlisam Bin Mohd Nordin dan sukarelawan dan petugas daripada Politeknik Port Dickson.

Beliau menyatakannya ketika sidang media aktiviti pembersihan pantai sedang dilaksanakan.
39 Set Peralatan Pembersihan

Beliau memberitahu panjang pantai Port Dickson adalah 17 kilometer dan terdapat 19 buah pantai.
SWM akan meletakkan sejumlah 281 orang pekerja untuk melakukan kerja pembersihan pantai bermula jam 6 pagi setiap hari. Terdapat juga 39 jenis peralatan pembersihan untuk membantu kerja pembersihan.

Beliau memberitahu kerja pembersihan bermula jam 6 pagi. Ini kerana pada jam 9 pagi, pengunjung mula datang ke pantai dan kerja-kerja pembersihan perlu disiapkan sebelum kehadiran pengunjung ke pantai. Ini bagi memberikan imej yang baik kepada pengunjung.

Beliau memberitahu SWM telah menyediakan 150 buah tong sampah pelbagai kapasiti di sepanjang pantai. Beliau turut menggesa orang ramai untuk membuang sampah ke dalam tong sampah yang telah disediakan.