YEO BEE YIN – INFRASTRUKTUR ASAS JALAN KAMPUNG DI MUAR JADI PERHATIAN UTAMA

(MUAR, 14 MEI) Ahli Parlimen Bakri, Yeo Bee Yin berkata infrastruktur asas di jalan-jalan kampung akan menjadi perhatian dan diutamakan bagi meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya.
Jelas beliau, buat masa ini, pembangunan infrastruktur asas di daerah Muar memuaskan dan beberapa yang perlu diberikan perhatian seperti jalan-jalan ke kampung perlu dinaiktaraf.“Pihak kami akan mengadakan majlis kesyukuran dan penghargaan kepada para pengundi pada minggu ini dan pada minggu depan, kami akan mengadakan kunjungan hormat ke atas Pgeawai Daerah, Majlis Perbandaran Muar (MPM) dan semua ketua jabatan. Harap semua pihak berkenaan dapat memberi kerjasama,” ujar beliau selepas menyertai Program Clean & Clear anjuran SWCorp Negeri Johor melibatkan SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM Environment) pada ini, di sini.

Turut serta dalam program tersebut adalah ADUN Bentayan, Ng Yak Howe, ADUN Maharani, Nor Hayati Bachok, ADUN Bukit Naning, Md. Ysahrudin Kusni, Pengarah SWCorp Negeri Johor, Hj. Asri Amat dan Timbalan Pengarah SWCorp Negeri Johor, Cairul Hisham Jamaluddin.

MINTA PENDUDUK KEKALKAN PENGIKTIRAFAN “BANDAR TERBERSIH”

Selain itu, Yeo turut berharap agar penduduk di daerah Muar dapat memainkan peranan penting dan meningkatkan kesedaran tentang kebersihan agar pengiktirafan “Bandar Terbersih” dapat dikekalkan.
Tambah beliau, daerah Muar kini sedang menuju ke arah sebuah daerah pelancongan merupakan satu perkembangan yang baik dan kajian susulan perlu dibuat untuk mencapai sasaran berkenaan.