Tindakan Tegas Tangkap Pesalah Yang Membuang Sampah

(Seremban, 12.05.17) Baru-baru ini MCA telah menerima banyak aduan dan telah melaporkannya kepada SWCorp untuk tindakan selanjutnya bagi menangani masalah sampah haram dengan baik.

Ketua Perhubungan Awam MCA memberitahu kawasan yang mengalami masalah sampah adalah di Kampung Mambau dan Mambau Heights yang menjadi lokasi utama pembuang sampah haram melupuskan sampah mereka.

Cari Pembuang Sampah Tersebut Beserta Bukti.

Beliau menyatakan tindakan masalah sampah haram dan orang yang membuang sampah semakin bertambah dan telah menjadi serius. Oleh itu tindakan pemerhatian, siasatan dan mengumpul bukti adalah perlu bagi menangani masalah tersebut.

Beliau berkongsi telah melihat sendiri pemandu kenderaan membuang sampah dari dalam kenderaan. Beliau telah mengambil nombor pendaftaran kenderaan tersebut, namun begitu bukti yang didapati tidak kukuh dan tidak boleh diambil tindakan.

Beliau turut mengingatkan orang ramai yang gemar melakukan pembuangan sampah sesuka-hati bahawa terdapat akta yang boleh disabitkan sekiranya mereka bersalah. Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Akta 672 (2007) Seksyen 71, sekiranya didapati bersalah hukuman denda  sekurang-kurangnya RM1,000 atau hingga RM10,000 atau penjara 6 bulan atau sehingga 5 tahun atau kedua-duanya sekali boleh dikenakan.

Dua Lokasi Dipasang Amaran Larangan Membuang Sampah

Bagi memastikan kualiti kehidupan penduduk berada dalam keadaan baik, adalah lebih baik untuk menyampaikan maklumat kepada setiap orang untuk tidak membuang sampah di merata-rata tempat.

Beliau menegaskan akibat sikap mementingkan diri pembuang sampah haram, kawasan kejiranan mengalami masalah sehingga menjejaskan kehidupan penduduk bertahun lamanya.

Oleh itu, masalah tersebut perlu diselesaikan sekali dan terakhir. Beliau bersama-sama SWCorp telah memasang papan tanda amaran larangan membuang sampah.

Beliau amat berterima kasih dan memuji institusi tersebut kerana serius dan prosfesional terhadap perkhidmatan yang diberikan. Turut hadir sama adalah pegawai daripada SWCorp dan SWM.

She thanked and praised the institution for its serious and professional service efficiency. After receiving her reflection, she was not only immediately dispatched to carry out the action, even the villagers made a temporary request to clean up large-scale refuse, and also immediately deal with it.