Tindakan Pembersihan Di Taman Permainan, Bulatan Dan Persimpangan Kawasan Taman Perumahan Bagi Meningkatkan Pesona!

 

(Seremban, 20.03.18) SWCorp Negeri Sembilan bermula hari ini melancarkan Operasi Pesona. Taman permainan, bulatan dan jalan utama di kawasan perumahan di Negeri Sembilan akan dibersihkan, diindahkan dan diselenggara bagi memberikan keceriaan kepada orang ramai.

Jalaluddin: Landskap Membuat Penduduk Mengubah Konsep

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Yang Berhormat Dato’ Haji Jalaluddin Bin Haji Alias ketika lawatan beliau di taman permainan, Jalan Warisan Puteri A8, Taman Warisan Puteri, menyatakan bahawa tindakan ini adalah untuk mewujudkan kawasan yang bersih, selesa dan sesuai dengan keadaan persekitaran kepada orang ramai.

Ditambah pula dengan aktiviti pembersihan sampah, pemotongan rumput dan pembersihan longkang. Kerja membaik pulih kemudahan yang telah disediakan turut dilakukan bagi menjadikan persekitaran taman permainan menarik serta membolehkan penduduk mengubah minda mereka.

Beliau memberitahu beberapa unit terlibat dalam operasi ini termasuklah SWM Environment, Majlis Perbandaran Seremban, Jabatan Saliran dan Pengairan dan Jabatan Kerja Raya. Aktiviti ini akan berlangsung di 11 buah lokasi di dalam kawasan seliaan SWCorp.

Aktiviti ini merupakan aktiviti jangka masa panjang. Kami merancang untuk melakukan aktiviti ini di taman permainan di negeri ini melibatkan 20,201 kawasan kediaman, 23 buah bulatan dan beberapa projek berkaitan di 19 buah persimpangan di jalan utama.

Saya berharap orang ramai akan memberikan kerjasama dan menjaga kemudahan serta persekitaran.

Dakwa Majikan Yang Melakukan Pembuangan Sampah Haram

Pengarah SWCorp Negeri Sembilan, Encik Zainal Fitri Bin Haji Ahmad memberitahu sekali lagi sejak tahun 2014, terdapat 6 kes melibatkan pembuangan sampah haram di seluruh Negeri Sembilan.

Tertuduh, termasuklah individu dan syarikat yang telah disabitkan kesalahan serta dihukum. Denda yang dikenakan adalah diantara RM10,000 dan RM25,000. Salah seorang daripadanya tidak dapat membayar denda tersebut dan telah menggantikannya dengan hukuman penjara selama 5 bulan.

Tertuduh telah ditangkap kerana membuang sampah di kawasan yang tidak dibenarkan. Mereka telah membawa lebih kurang satu tan sampah dengan menggunakan lori, membuangnya di tepi jalan, di lorong dan di pelbagai lokasi lain. Selepas kami mempunyai bukti yang mencukupi, kami membawa mereka ke mahkamah satu persatu.

Beliau memberitahu terdapat enam kes mahkamah di Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Jelebu dan Tampin. Mereka telah membuang sisa pepejal termasuklah perabot, sisa binaan dan sisa industri.

Terdapat sesetengah syarikat berada dalam kawalan, majikan tidak tahu pekerja membuang sampah secara haram. Tetapi selagi sisa yang dibuang milik syarikat, majikan mesti bertanggungjawab.

Oleh itu, majikan mesti memastikan sampah syarikat itu tidak dibuang secara haram. Jika tidak, syarikat akan dikenakan tindakan undang-undang.

Beliau turut berkongsi sejak perlaksanaan pengasingan sisa di punca, jumlah sampah yang dikutip oleh SWCorp semakin berkurangan setiap hari. Namun begitu, jumlah sampah semasa di Negeri Sembilah masih banyak iaitu 1,000 tan.

Sekiranya lebih ramai orang mempunyai kesedaran terhadap alam sekitar, saya percaya jumlah sampah akan semakin berkurangan.