Tiada Cara Lagi, Pembuang Sampah Haram Gemar Membuang Sampah Di Tepi Pantai Hingga Sampah Membukit

SWM NS cleaned illegal waste.

(Chuah, 11.05.17)Kawasan lapang yang terletak di tepi pantai di Kuala Lukut, Chuah, telah menjadi kawasan pilihan pembuang sampah haram untuk melupuskan sampah mereka.

Melihat keadaan kawasan tersebut, terdapat beberapa jenis sampah yang dibuang di kawasan tersebut telah mencemarkan kawasan, menjadi sarang pembiakan nyamuk dan menjejaskan pemandangan pantai.

Terdapat beberapa kumpulan sukarelawan sebelum ini telah datang ke kawasan tersebut dan telah melakukan kerja-kerja pembersihan pantai tetapi selepas dibersihkan, sampah telah dibuang di kawasan tersebut sekali lagi.

Selepas itu, kumpulan sukarelawan telah melaporkan kepada MPPD dan SWM dan berharap masalah sampah dapat diselesaikan.

Orang Ramai Jangan Buang Sampah.

Sejurus Ahli Majlis menerima laporan, beliau telah dihubungi oleh SWCorp untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Beliau memberitahu kerja-kerja pembersihan mengambil masa beberapa hari dan menggesa oaring ramai untuk tidak melakukan pembuangan sampah sesuka hati bagi mengelak penyakit dan menjejaskan kesihatan penduduk.

Kesedaran orang awam terhadap alam sekitar masih lemah, berulang kali mengambil jalan mudah dengan membuang sampah sesuka hati sehingga menjejaskan alam sekitar.