Teo Kok Seong: Tidak Akan Berkompromi Dengan Pengusaha Kilang Sisa Import.

Port Dickson, 23.02.19) YB Teo Kok Seong, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesejahteraan Bandar, Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru menegaskan bahawa kerajaan Negeri Sembilan tidak akan berkompromi membenarkan pengusaha kilang sisa import untuk beroperasi di Negeri Sembilan. Sekiranya terdapat pengusaha kilang sisa import diharamkan beroperasi dan tindakan tegas akan diambil.

Saya ingin memberi amaran kepada pengusaha kilang sisa import perlu menutup operasi mereka serta-merta. Kami tidak mahu Negeri Sembilan menjadi pusat pemprosesan sisa import.

Beliau juga turut memberi maklum balas berkenaan sisa industri. YB Teo Kok Seong meminta pengusaha industri untuk menguruskan sisa mereka di Pusat Pelupusan Sisa Bukit Nanas.

Beliau ketika itu hadir di Kondo PD Perdana pagi ini. Turut sama hadir Pengarah SWCorp Negeri Sembilan bagi Majlis Pelancaran Kempen Buang Sampah Ke Dalam Tong Sampah.

Kutip Sampah Bila Nampak Sampah

Tetamu yang turut hadir termasuklah Dr Al’Ashari Bin Haji Othman, Pengurus Wilayah SWM Environment Melaka & Negeri Sembilan, Tuan Mohd Zamri Bin Mohd Esa, Yang Di-Pertua Majlis Perbandaran Port Dickson dan penduduk Kondo PD Perdana.

Teo Kok Seong juga berkata kerajaan Negeri Sembilan memberikan perhatian terhadap tahap kebersihan kawasan sekitar. Orang ramai juga perlu menjadi contoh. Jika ternampak sampah di mana-mana sahaja, anda perlu mengangkat sampah itu sendiri dan membuangnya ke dalam tong sampah.

Beliau memberitahu walaupun kerajaan tempatan sering menerima aduan kekurangan tong sampah, tetapi beliau berfikiran adalah lebih baik untuk meningkatkan kesedaran orang ramai akan kepentingan menjaga kebersihan disamping membantu kerajaan untuk mempromosikan kempen membuang sampah ke dalam tong sampah.

Pelancaran Aplikasi KITAR3cycle. Mata Ganjaran Yang Dikumpul Boleh Dipindahkan Ke Dalam E-Wallet.

Teo Kok Seong memberitahu SWM Environment telah melancarkan aplikasi KITAR3cycle.

Beliau memberitahu selepas orang ramai mendaftar menjadi ahli, pihak SWM Environment akan memberikan pelekat kod bar kepada ahli berdaftar. Ahli boleh menampal pelekat kod bar tersebut di bungkusan barangan kitar semula bagi mengumpul mata ganjaran dan mata ganjaran tersebut boleh dipindahkan ke dalam e-wallet.

Beliau memberitahu sistem tersebut telah dilancarkan di Port Dickson, Nilai, Seremban dan Bahau. Terdapat tujuh buah taman yang telah melaksanakannya.

Sekiranya terdapat mana-mana taman perumahan yang berminat untuk menyertai program tersebut, sila hubungi Encik Daniel Sahrill di talian 019-2024525.

26 Individu Telah Didenda Atas Kegagalan Melaksanakan Pengasingan Sisa Di Punca

Zahir, Pengarah SWCorp Negeri Sembilan menyatakan bahawa terdapat 26 individu yang telah dikenakan denda atas kegagalan melaksanakan pengasingan sisa pepejal di punca. Ini menunjukkan orang ramai kini sudah tahu cara mengasingkan sisa.

Beliau juga memberitahu bahawa pihaknya akan meneruskan pemantauan dan berharap sifar denda.
Zahir juga memberitahu dalam Majlis Pelancaran Kempen Buang Sampah Ke Dalam Tong Sampah, walaupun negara telah merdeka 61 tahun, hanya 60% rakyat melakukan pengasingan sisa dengan betul dan membuang sampah ke dalam tong sampah. Kesedaran orang ramai perlu dipertingkatkan.