TAPAK PELUPUSAN SUNGAI UDANG: FASA 2A YANG DINAIK TARAF DAPAT MENAMPUNG SAMPAH 3 TAHUN

Fasa 1A di Tapak Pelupusan Sungai Udang dijangka akan mencapai kapasiti maksimum pada bulan Ogos nanti. Dengan itu, pihak SWM Environment akan membuat penambahbaikkan dengan penambahan Fasa 2A untuk mengatasi masalah sampah untuk 3 tahun yang akan datang. Menurut Pengurus Wilayah SWM Environment, Dr. Al’Ashari Othman kawasan 1A yang telah dinaik taraf dijangka akan mencecah kapasiti maksimun pada bulan Ogos ini. Fasa kedua dalam peningkatan taraf kawasan 2A seluas 6.5 ekar dan kawasan 2B dan 2C masih menunggu kelulusan daripada pihak kerajaan. Beliau berkata demikian semasa Majlis Sidang Media dan Berbuka Puasa di Hotel Ramada.Dr. Al’Ashari juga berkata Melaka menjana jumlah sampah sebanyak 900 tan sehari dan dijangka akan meningkat ke 20 – 30 tan sampah sehari sepanjang bulan puasa. Beliau menyeru penduduk supaya tidak melakukan pembaziran makanan sehingga boleh menjejaskan persekitaran.

Mengikut data, 45% daripada jumlah sampah adalah terdiri daripada jumlah sisa baki. Dengan itu, beliau menyeru penduduk supaya tidak melakukan pembaziran makanan dan boleh menjana lebihan sampah. Beliau juga mengingatkan penduduk supaya mengamalkan konsep 3R iaitu ‘Reduce, Reuse, Recycle’ untuk mengurangkan jumlah sampah. Sepanjang bulan puasa, perkhidmatan sampah dan pembersihan tidak akan terganggu dan akan meletakkan tong roro di taman yang telah dirancang untuk pengutipan sampah pukal.

SEPANJANG BULAN PUASA JUMLAH SAMPAH DIJANGKA AKAN MENINGKAT, TINGKATKAN KEKERAPAN ANGGOTA KERJA DALAM KERJA PENGUTIPAN SAMPAH DAN PEMBERSIHAN

Dr. Al’Ashari berkata sepanjang bulan puasa jumlah sampah dijangka akan meningkat terutama di bazar ramadan dan pasar-pasar basah yang menjual daging dan lain-lain yang dijangka sebagai penyumbang sampah diwaktu ini. SWM Environment akan menghantar tambahan pekerja dan meningkatkan kekerapan pengutipan sampah. Beliau berkata SWM Environment mempunyai 8000 pekerja dan 1000 jentera di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor Bahru dimana dipertanggungjawabkan melakukan kerja-kerja pembersihan dan pengutipan sampah disetiap kawasan yang merngkumi 500 ribu penghuni rumah