TAPAK KOSONG TAMAN REKREASI POH AH TIONG, SAMPAH, DAHAN POKOK TELAH DIBERSIHKAN

Longgokan sampah dan dahan pokok yang terdapat di tapak kosong taman rekreasi Poh Ah Tiong di Machap Baru telah mendapat perhatian JKKK Machap Baru.Menurut penghulu, Mr Teh, beliau telah pergi melawat tapak tersebut dan mendapati terdapat longgokan sampah dan dahan pokok diletakkan di tapak kosong di taman rekreasi tersebut.

Beliau khuatir tapak ini akan menjadi tapak pembiakan nyamuk aedes dan juga akan mencacatkan pemandangan. Beliau telah membuat aduan kepada pihak SWM Environment dan dengan kadar segera pihak SWM Environment menyelesaikan masalah yang dihadapi di taman rekreasi tersebut dan sekaligus aduan telah selesai.