Tamil Neesan – SWM Environment salurkan bantuan kepada 31 keluarga yang memerlukan

Summary: SWM Johor South distributed 31 boxes of necessities to the unfortunate families through SWM Kasih Santun Deepavali Program

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM Environment) telah menyalurkan sumbangan berbentuk barangan keperluan dapur bersempena sambutan perayaan Deepavali bertempat di Kuil Sri Maha Siva Muniswarar Tampoi.

Sumbangan keperluan dapur dan kuih raya tersebut telah disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan dan Sumber Manusia Negeri Johor, En. R. Vidyananthan yang turut hadir bersama dan menyampaikan sumbangan kepada 31 buah keluarga penerima.

Dalam pada itu, Pengurus Wilayah Johor, SWM Environment, En. Mohd Zan Arris menjelaskan bahawa program berbentuk kesukarelawanan dan khidmat masyarakat tersebut dianjurkan dengan kerjasama antara pihak SWM Environment, pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Tambah beliau, penganjuran program berkenaan di rumah ibadah tersebut bukan sekadara untuk meraikan perayaan Deepavali malah merupakan satu peluang untuk mengenali budaya dan kepercayaan masyarakat Hindu.

Selain itu, pihak SWM Environment turut menyalurkan sumbangan berjumlah Rm1,000 kepada jawatankuasa kuil selain menghias kediaman seorang warga emas, Cik Sutha Devi melalui aktiviti Deko Deepavali.

Kesemua penerima bantuan tersebut amat berterima kasih kepada pihak SWM Environment dan jawatankuasa kuil atas sumbangan berkenaan.