Syarikat Pembersihan Atur 219 Pekerja. Sampah Di 62 Buah Lokasi Bazar Ramadan Dibersihkan

(Seremban, 07.06.17) Sempena bulan Ramadan, SWM Environment mengaturkan sejumlah 219 orang pekerja bagi melakukan kerja-kerja kutipan sampah di 62 buah lokasi bazar Ramadan bagi memastikan kebersihan sentiasa terjamin.

Pihak SWCorp juga turut melancarkan Kempen Ramadan Mulia dan berharap orang ramai akan membeli makanan mengikut amaun yang diperlukan serta tidak melakukan pembaziran makanan.

Jangan Buang Sampah Sesuka Hati Bagi Memastikan Kebersihan Sentiasa Terjaga

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Yang Berhormat Dato’ Haji Jalaluddin Bin Haji Alias menyatakan pihak SWM telah mengenal pasti sejumlah 40 buah lokasi juala pada hari Mantai menjadi tumpuan pengunjung.

Beliau turut menyatakan SWM akan membuat kerja-kerja kutipan bermula 27 Mei hingga 24 Jun bermua pada jam 8:00 malam hingga 12 tengah malam di 62 buah lokasi  bazar Ramadan bagi menjamin kebersihan kawasan.

Jangan Lakukan Pembaziran Makanan.

SWM turut menyusun atur pekerja sejumlah 219 orang bagi melakukan kerja-kerja kutipan dan pembersihan.

Jalaluddin yang menghadiri majlis berbuka puasa telah menyatakannya ketika sidang media berlangsung.

SWCorp turut melancarkan Kempen Ramadan Mulia  dan berharap orang ramai menghargai makanan dengan tidak melakukan pembaziran. Membeli makanan dalam lingkungan yang diperlukan. Sekiranya makanan tersebut didapati mahal, pengguna berhak untuk tidak membeli makanan daripada peniaga.

Beliau turut menggalakkan orang ramai untuk membawa mangkuk tingkat bagi mengurangkan jumlah penggunaan pembungkus makanan sekaligus mengurangkan sisa pepejal ke tapak pelupusan.

Turut hadir sama Pengurus Wilayah Melaka & Negeri Sembilan, SWM Environment Sdn Bhd, Dr Al’Ashari Bin Haji Othman dan Pengarah SWCorp, Zainal Fitri Bin Haji Ahmad.