SWM TUMPU PEMBANGUNAN PENDIDIKAN, BUKA AKAUN SSPN UNTUK 30 MURID

(PONTIAN, 21 DISEMBER) Seramai 30 murid dari sekitar kawasan Pekan Nenas telah terpilih menerima sumbangan RM50 berbentuk pembukaan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) daripada pihak SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM Environment).

Sumbangan yang disalurkan sempena program SWM Kasih Jom Sekolah tersebut telah berlangsung di Dewan Muafakat Taman Seri Sentosa pada hari ini di sini. Pengurus Wilayah Johor, SWM Environment, dalam pada itu memaklumkan bahawa selain pembukaan akaun tersebut, pihak SWM Environment turut menyalurkan sumbangan berbentuk keperluan persekolahan kepada mereka.

Program yang mendapat kerjasama daripada Pusat Komuniti ADUN Pekan nanas, Majlis Daerah Pontian (MDP) dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tersebut telah dihadiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Johor, Aminolhuda Hassan, Ahli Dewan Negeri Johor Kawasan Pekan Nanas, Yeo Tung Siong dan Pengarah Eksekutif, SWM Environment, Dr. Uzir Abdul Malik.