SWM Semai Bakti Kepada Dua Buah Rumah Di Kampung Sri Parit. Hantar Beras, Sampul Merah dan Melakukan Kerja Pembersihan

(Lukut, 20.07.17) Sempena sambutan perayaan Tahun Baru Cina, SWM telah menghantar sepasukan kakitangan dan disertai pihak pengurusan syarikat ke Kampung Sri Parit hari ini bagi membantu dua buah keluarga dengan menghantar beras dan menyampaikan sampul merah serta melakukan kerja pembersihan sekitar kawasan rumah bagi memberikan kegembiraan kepada keluarga tersebut.

SWM telah menziarahi dua buah keluarga Puan Chong Kim Tai (66) tinggal bersama anak perempuan beliau, menantu lelaki dan empat orang cucu. Menantu lelaki beliau tidak bekerja dan beliau mempunyai dua orang cucu merupakan orang kurang upaya, hanya anak perempuan beliau menyara ahli keluarga.

Puan Lee Yik Moi (59), mempunyai suami yang bekerja tetapi disebabkan masalah kewangan dan juga mengalami masalah sakit jantung serta tidak dapat melakukan pembedahan. Beliau juga terpaksa menjaga anak lelaki yang mengalami masalah kemurungan.

Pengurus Wilayah SWM Environment Sdn Bhd, Dr Al’ashari memberitahu sempena perayaan Tahun Baru Cina SWM mengambil kesempatan mendekati golongan kurang bernasib baik bagi menyantuni golongan tersebut.

Beliau menyatakan melalui aktiviti ini, SWM sebagai tambahan telah menyumbang beras, sampul merah dan juga bakul pengasingan sisa pepejal di punca kepada keluarga yang terpilih bagi meningkatkan kesedaran dalam melakukan pengasingan sisa pepejal di punca. Sejak pengasingan sisa pepejal di punca berkuatkuasa, sampah ke tapak pelupusan didapati semakin berkurangan dan jumlah barang kitar semula meningkat. Ini menunjukkan perlaksanaan pengasingan sisa pepejal di punca telah diterima baik oleh masyarakat.

Ahli Majlis Port Dickson mengucapkan terima kasih kepada syarikat SWM kerana telah mendekati golongan kurang bernasib baik dan berharap akan wujud lebih banyak lagi syarikat dapat mencontohi SWM kearah masyarakat yang positif.