SWM NS Sambut Aidilfitri Bersama 40 Orang Anak Yatim

 

(Seremban, 03.07.18) SWM NS menyambut Aidilfitri dengan memberi semula kepada komuniti melalui penganjuran minum petang bersama 40 orang anak-anak yatim.Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Teo Kok Seong, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru.

Beliau memberitahu dalam ucapan beliau, walaupun SWM adalah syarikat swasta, SWM tidak lupa untuk memberi semula kepada komuniti setempat terutamanya bagi tujuan kebajikan, dan telah dilaksanakan setiap tahun kepada golongan kurang bernasib baik.

Beliau menyatakan tanggungjawab SWM adalah menjaga alam sekitar. Namun begitu tugas tersebut bukanlah tugas SWM semata-mata. Ianya memerlukan kerjasama daripada kerajaan dan institusi untuk mewujudkan persekitaran yang lebih baik kepada orang ramai.

Pengarah Eksekutif, Dr Uzir Bin Abdul Malik menyatakan aktiviti ini telah memasuki tahun ketiga melalui perlaksanaan tanggungjawab sosial korporat kepada golongan yang memerlukan ketika musim perayaan.

Beliau memberitahu penerima tahun ini adalah daripada Pertubuhan Asnaf Murni seramai 40 orang yang terdiri daripada 21 lelaki dan 19 perempuan berusia dari satu hingga 18 tahun. Mereka menerima beg sekolah, peralatan mewarna, keperluan harian dan beg cenderahati. Pertubuhan tersebut turut menerima sumbangan sejumlah RM1,000 bagi keperluan kewangan seharian.