SWM Mengingatkan Perlaksaan 3R

Summary: Break Fasting Skuad Kasih SWM Environment with the residents of Madrasah Darul Muttaqin, Paya Rumput.

Jangan lupa untuk melakukan pengasingan sampah dalam bulan puasa. Pengurus Wilayah SWM, Dr. Al’ashari memberi penyataan kepada semua semasa menyambut bulan puasa jangan lupa untuk melaksanakan pengasingan sampah dan amalkan amalan 3R. Beliau berkata SWM akan mengikut jadual yang ditetapkan untuk lakukan kerja-kerja kutipan sampah dimana 2 kali seminggu untuk kutipan sisa baki dan sekali seminggu untuk kutipan sisa pukal.

Skuad kasih berbuka puasa bersama 80 orang anak-anak Asnaf Darul Muttaqin.

Dr. Al’Ashari pada 17 Jun 2017 bersama pegawai SWM Skuad Kasih bersama-sama dengan 80 orang anak anak asnaf berbuka puasa dan dlaam majlis tersebut beliau berkata program Skuad kasih ini adalah salah satu program tanggungjawab sosial karporat dan beliau menyeru pihak luar membantu pihak yang memerlukan terutamanya dalam bulan puasa ini. Pengurus SWM telah mengadakan majlis Skuad Kasih SWM bersama anak-anak Asnaf Darul Muttaqin di Madrasah darul Muttaqin, Paya Rumput dengan upacara menanam pokok buah-buahan sebagai simbolik untuk mengingatkan anak-anak supaya memelihara kehijauan pokok. Program ini juga disertai oleh En Kamarul Ariffin, Pengurus Besar Karporat SWM dan Ustaz Amir, Pengetua Madrasah Darul Muttaqin.