SWM Melakukan Kerja Pembersihan.

Summary: SWM cleaned filthy waste.

(Lukut, 07.12.17) Selepas penutupan tapak pelupusan Bukit Palong, terdapat beberapa peniaga tidak bertanggungjawab telah membuang sampah di tepi jalan di Batu 6, Pusat Perindustrian Ringan Lukut terbiar mengundang masalah pembuangan sampah haram.

SWM Port Dickson telah menerima laporan daripada Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Port Dickson meminta bantuan pembersihan kawasan yang telah dipenuhi dengan sampah.

Pengusaha di Pusat Perindustrian Ringan tidak menggunakan tong sampah pusat yang disediakan dan mengambil jalan mudah dengan membuang sampah di kawasan yang tidak dibenarkan.

Ketika lawatan dilakukan di kawasan itu, Ahli Majlis mendapati terdapat empat timbunan sampah di kawasan itu. Oleh itu, kerja-kerja pembersihan dilakukan dan juga terdapat kenderaan lain telah bersedia untuk membuang sampah di kawasan itu dan apabila kenderaan tersebut berhenti mereka telah menjerit bagi menakutkan pihak yang tidak bertanggungjawab itu.

Ketika sidang media, Ahli Majlis meminta orang ramai agar bersama-sama menjaga kebersihan alam sekitar, sekiranya semua orang boleh melakukannya, kebersihan dapat dipertingkatkan serta berharap peniaga tidak sesuka hati mengambil jalan mudah untuk melupuskan sampah mereka.

Beliau turut memberitahu terdapat banyak longkang yang tersumbat di kawasan itu dan telah meminta SWM untuk melakukan kerja-kerja pembersihan longkang.