SWM Laksana Kerja Pembersihan.

(Bahau, 23.04.18) Sampah di dalam longkang di hadapan Avenue Stars telah tersumbat menyebabkan air tidak dapat mengalir dengan baik dan mencetuskan bau busuk.Selepas penduduk membuat aduan kepada Encik Choong Wan You, beliau telah menghubungi SWM Environment bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Choong memberitahu bahawa syarikat SWM telah menghantar jentera bagi melakukan kerja pembersihan di kawasan itu. Selepas bekerja keras, sampah dan kotoran di dalam longkang telah berjaya dibersihkan.

Beliau meminta peniaga pasar malam untuk menjaga kebersihan pada hari Sabtu.

Pihak majlis perlu memberi perhatian yang lebih terhadap isu ini. Sekiranya semua orang memberikan kerjasama, ianya dapat mengurangkan sampah di dalam longkang.

Beliau merayu kepada orang ramai sekiranya terdapat sebarang masalah dan memerlukan bantuan penyelesaian, boleh menghubungi beliau secara terus di 016-335 5411.