SWM Kasih edar bubur lambuk sempena bulan Ramadan

Summary: SWM Johor North CSR Programme at Bazar Ramadan Bandar Kluang with EXCO Johor, Datuk Md. Jais Sarday

(KLUANG, 23 Jun 2017) SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM Environment) Wilayah Johor melalui entiti tanggungjawab sosial korporatnya, SWM Kasih telah mengedarkan sebanyak 2,000 mangkuk bubur lambuk di Bazar Ramadan Bandar Kluang sempena Program SWM Kasih Sinar Ramadan bersama Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Yang Berhormat Datuk Md. Jais Sarday.

Menurut Pengurus Wilayah Johor, SWM Environment, Mohd Zan Arris, pihaknya telah turut mendapat kerjasama daripada beberapa pihak bagi menjayakan program tersebut yang turut mengagihkan sumbangan barang keperluan kepada 20 buah keluarga yang terpilih sempena sambutan Aidilfitri.