SWM ENVIRONMENT TURUNKAN JENTERA BERSIHKAN LONGKANG DEKAT SJK(C) CHUNG HWA JALAN LAMBAK

(KLUANG, 29 MEI) SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM Environment) telah melaksanakan kerja pembersihan longkang menggunakan jentera ultra-whack dan water jet di Jalan Lambak dekat SJK(C) Chung Hwa pada pagi ini, di sini. Longkang tersebut didapati menjadi punca berlakunya banjir kilat pada musim hujan sejak kebelakangan ini.

Dengan menggunakan jentera tersebut, pihak SWM Environment telah mengeluarkan lumpur dan pasir serta sampah sarap antaranya seperti tiub tayar kenderaan dan barangan plastik.

Penduduk setempat berharap semua pihak dapat memberikan kerjasama dalam meningkatkan kesedaran dengan tidak membuang sampah ke dalam longkang berkenaan.