SWM ENVIRONMENT MEMBERSIHKAN SAMPAH PUKAL. LORONG BELAKANG JALAN KEE ANN TELAH BERSIH

Terdapat sampah pukal yang ditimbun dibelakang lorong jalan Kee Ann dan sampah tersebut telah dibersihkan dan mengembalikan tapak persekitaran yang bersih di lorong tersebut. Semenjak kebelakangan ini, lorong belakang ini telah menjadi tapak pembuangan sampah pukal, dan didapati ada pihak yang tidak bertanggungjawab membuang sampah dikawasan itu seperti 3 unit beca lama, motor-motor lama, tv dan lain-lain. Penduduk risau tempat tersebut akan dijadikan tempat pembiakan nyamuk aedes.Mr Leong, Pengerusi Persatuan Peniaga dan Penduduk Bunga Raya telah dapat aduan dan terus menghubungi pihak pegawai kesihatan dan bantuan dari SWM Environment dimana pihak SWM Environment telah menghantar pekerjauntuk melakukan kerja-kerja pembersihan dengan kadar segera. Beliau juga berkata lorong belakang adalah sangat sempit dan bernasib baik pihak SWM Environement untuk menghantar lori kecil supaya dapat menyenangkan pekerja membersihkan longgokan sampah itu

Beliau amat berterima kasih kepada pegawai kesihatan dan pihak SWM Environment yang telah memberi kerjasama dan bantuan untuk menyelesaikan masalah ini. Beliau juga berkata untuk mengelakkan orang ramai keluar masuk dibelakang lorong ini, beliau akan mendirikan tiang untuk menghalang penduduk yang tidak bertanggungjawab membuang sampah di lorong belakang tersebut. Beliau juga berharap penduduk dapat memberi sepenuh kerjasama untuk memelihara persekitaran yang bersih.