SWM Environment Hantar Pekerja Bersih Longkang Di Pekan Linggi

(Linggi, 06.08.18) Dibawah pimpinan baru, Kordinator Parti Keadilan Rakyat, Encik Rosli telah meminta syarikat SWM Environment untuk menghantar pekerja melakukan kerja pembersihan longkang pada pagi ini di Pekan Linggi bagi menyelesaikan masalah para peniaga di kawasan itu.

SWM telah menghantar 10 orang pekerja dan mengaturkan sebuah jentera ultra whack vacuum cleaner dan water jet bagi melakukan kerja pembersihan longkang.

Di lokasi pembersihan, pegawai Majlis Perbandaran Port Dickson dan peniaga turut menyaksikan kerja pembersihan dilakukan.

SWM telah menghantar pekerja untuk melakukan kerja pembersihan setelah beliau menerima aduan longkang tersumbat beberapa hari lalu. Beliau berharap agar peniaga dapat memberikan kerjasama dengan pihak berkuasa memastikan kebersihan sentiasa terjaga.