SWM ENVIRONMENT DAN SWCORP MEMBERI KECERIAAN KEPADA 5 KELUARGA KURANG BERNASIB BAIK SEMPENA HARI NATAL

Melaka – SWM Environment Sdn Bhd dan SWCorp Melaka bersama Adun Bandar Hilir melaksanakan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dengan menyalurkan sumbangan kepada lima keluarga sempena hari Natal. Sumbangan kepada golongan yang memerlukan di sekitar DUN Bandar Hilir. Turut hadir adalah Pengurus Wilayah SWM Melaka dan Negeri Sembilan, Dr. Al’Ashari bin Othman, Pengarah SWCorp Melaka, Sharudin Hamid dan EXCO Perumahan, Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau merangkap Adun Bandar Hilir, Datuk Tey Kok Kiew.

Menurut Dr. Al’Ashari, program tersebut diadakan adalah dengan matlamat untuk berkongsi kegembiraan dan keceriaan dalam menyambut Hari Natal bersama golongan kurang bernasib baik di samping mengambil berat hal-hal kebajikan keluarga terbabit.

Salam satu dari penerima adalah keluar india dimana keluarga tersebut mempunya 5 orang anak dan 3 daripadanya adalah penghidap hypohidrotic ectodermal dysplasia. Pihak penganjur telah membersihkan kawasan rumah, menguruskan di dalam rumah dan juga memberi bantuan persekolahan kepada anak-anak beliau yang bersekolah.

Datuk Tey berkata melalui tanggungjawab sosial korporat SWM Environment dan SWCorp ini diharap dapat membantu meringankan beban meraka selain membawa sinar kegembiraan kepada mereka menjelang perayaan Hari natal.

Menurut Dr. Al’Ashari, menerusi aktivit SWM Kasih ini, pihak SWM Environment dan SWCorp Melaka berharap dapt meningkatkan kesedaran kepada masyarakat dan bersama berkongis kegembiraan manyambut Hari Natal bersama golongan yang kurang bernasib baik.