SWM ENVIRONMENT CSR – 5 KELUARGA TERIMA SUMBANGAN SEMPENA HARI NATAL

Melaka – SWM Environment Sdn Bhd dan SWCorp Melaka bersama Adun Bandar Hilir melaksanakan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dengan menyalurkan sumbangan kepada lima keluarga sempena hari Natal. Sumbangan kepada golongan yang memerlukan di sekitar DUN Bandar Hilir. Turut hadir adalah Pengurus Wilayah SWM Melaka dan Negeri Sembilan, Dr. Al’Ashari bin Othman, Pengarah SWCorp Melaka, Sharudin Hamid dan EXCO Perumahan, Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau merangkap Adun Bandar Hilir, Datuk Tey Kok Kiew.

Menurut Dr. Al’Ashari, program tersebut diadakan adalah dengan matlamat untuk berkongsi kegembiraan dan keceriaan dalam menyambut Hari Natal bersama golongan kurang bernasib baik di samping mengambil berat hal-hal kebajikan keluarga terbabit