SWM Environment ceriakan Orang Asli

Summary: SWM Environment through SWM Kasih contributed to the community of Orang Asli at Kampung Orang Asli Bakar Batu in conjunction with the festive season

JOHOR BAHRU – SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM Environment) telah menganjurkan program SWM Kasih Santun Ramadan yang bertujuan untuk merapatkan hubungan dengan komuniti Orang Asli, jelas Pengurus Wilayah Johor, Mohd Zan Arris.

Beliau yang berkata demikian semasa Majlis Iftar SWM-Media Johor turut menambah bahawa kumpulan Orang Asli ini juga diberikan peluang pekerjaan.

Pelbagai aktiviti yang diadakan sepanjang berlangsungnya program tersebut. Malah, pihaknya turut menyumbangkan barang keperluan dapur kepada 46 buah keluarga dan duit raya kepada 83 orang kanak-kanak.